Kata Pujangga

"Sebaik-baik Teman duduk pada setiap waktu adalah BUKU"

Search This Blog

TENTANG KAMI

Pengenalan dan Sejarah Perpustakaan Islam JAKIM

Perpustakaan Islam JAKIM yang kini terletak di Aras 3, Blok B, Kompleks Islam Putrajaya  (KIP) merupakan perpustakaan khusus Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di bawah pengurusan dan pentadbiran Bahagian Penerbitan JAKIM. Ia telah beroperasi pada tahun 2001 sejak perpindahan JAKIM ke Putrajaya.
Bangunan Kompleks Islam Putrajaya
Credit Photo : HeartPatrick

Fungsi utama Perpustakaan Islam JAKIM adalah sebagai:

  • Pusat mengumpul, memproses dan mempamerkan koleksi warisan intelektual Islam dan pusat pemgumpulan maklumat berkaitan hal ehwal Islam.
  • Merupakan pusat kemudahan rujukan dan maklumat intelektual Islam bagi jabatan, pegawai dan kakitangan, penyelidik, dan pendakwah daei kalangan orang awam.
  • Memenuhi keperluan maklumat Islam bagi membantu perlaksanaan visi dan matlmat jabatan dan negara.

Sejarah
Sejarah penubuhan Perpustakaan Islam JAKIM (sebelum ini dinamakan Perpustakaan Pegawai & Kakitangan JAKIM - PPKJ) adalah dari perpindahan JAKIM ke Putrajaya, di mana Perpustakaan Awam Islam (PAI) dikekalkan di Kuala Lumpur, manakala sebuah perpustakaan jabatan diwujudkan untuk kegunaan pegawai dan kakitangannya bertempat di Aras 1, Blok D9, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya sebelum ianya berpindah ke Kompleks Islam Putrajaya (KIP) pada tahun November 2016. Ketika ini kakitangan perpustakaan adalah seramai empat (4) orang yang diketuai oleh seorang pegawai iaitu Pembantu Perpustakaan Kanan, Gred S22. 

Koleksi
Perpustakaan ini memiliki koleksi warisan intelektual Islam antara yang terbanyak selepas Perpustakaan Awam Islam. Koleksi utama perpustakaan adalah buku-buku Terbitan JAKIM. Selain itu terdapat buku-buku dalam bidang perkara agama/ islamik di dalam Bahasa Melayu, Arab dan Inggeris. Jumlah koleksi keseluiruhan adalah sebanyak 40,922 Naskah.

Antara ruang-ruang yang terdapat di dalam dalam perpustakaan ini adalah seperti berikut:

  • Kaunter Sirkulasi
  • Ruang Bacaan
  • Ruangan Braille
  • Ruang Komputer/ Internet Pengguna
  • Ruang Karel Pembaca
  • Ruang Rak Pameran Buku Terkini
  • Ruang Santai/ Bacaan Ringan (Akhbar & Majalah)
  • Bilik Kakitangan Perpustakaan
  • Bilik Stek


No comments:

Post a Comment

div#ContactForm1 { display: none !important; }