Kata Pujangga

"Sebaik-baik Teman duduk pada setiap waktu adalah BUKU"

Search This Blog

OPAC

Permohonan Dalam Talian (Open Access Catalogue)





Perpustakaan Islam JAKIM juga  menyediakan perkhidmatan yang membenarkan pengguna meminta buku menerusi Internet. Pengguna boleh memilih buku yang diperlukan yang telah dipinjam oleh orang lain dan klik butang permintaan yang terdapat di OPAC. Sila ingatkan bahawa buku-buku yang terdapat di rak tidak boleh ditempah.

Klik Foto Untuk Terus Ke OPAC JAKIM

Disamping itu juga, perpustakaan juga menyediakan perkhidmatan Sistem Pembekalan Penerbitan.
Sistem ini membolehkan perkongsian bahan-bahan perpustakaan dilaksanakan di kalangan ahli SPP. Perpustakaan Islam JAKIM merupakan ahli SPP di bawah penyelarasan Perpustakaan Negara malaysia (PNM).

Faedah Ahli SPP
  1.  Memenuhi keperluan maklumat pengguna perpustakaan.
  2.  Perkongsian sumber maklumat antara perpustakaan
  3.  Akses kepada kepelbagaian sumber maklumat secara global
  4.  Akses kepada data bibliografi dengan lebih baik
  5.  Memenuhi permintaan terhadap bahan yang tiada dalam simpanan perpustakaan


Jumlah dan Tempoh Pinjaman
  1.  10 buah buku boleh dipinjam dalam satu masa.
  2.  Tempoh pinjaman bagi semua bahan di PNM adalah sebulan.
  3.  Pembaharuan pinjaman dibenarkan tidak melebihi sebulan.
  4. Jika bahan tersebut ditempah oleh pengguna/perpustakaan lain pembaharuan tidak dibenarkan.      

Peraturan Pinjaman
Pemohon bertanggungjawab:
  1. 10 buah buku boleh dipinjam dalam satu masa.
  2. Memastikan kesemua bahan yang dipinjam berada dalam keadaan baik.
  3. Membayar kos pembaikan atau penggantian bahan perpustakaan yang hilang/rosak.         


Bayaran
  1. Tiada bayaran dikenakan kepada pemohon.
  2. Pembayaran hanya dikenakan terhadap permintaan untuk mendapatkan salinan bahan.
  3. Denda dikenakan bagi bahan yang melebihi tempoh pinjaman atau hilang dengan merujuk Akta Perpustakaan Negara 1972, Peraturan-Peraturan Perpustakaan Negara (Bayarandan Denda) (Pindaan) 2015.

                               
Bahan-bahan yang tidak boleh dipinjam
  1. Bahan cuma ada satu salinan.
  2. Bahan telah dihapuskira
  3. Bahan dalam sirkulasi.
  4. Bahan telah dihantar untuk dijilid/pembaikan.
  5. Bahan rujukan (kamus / ensiklopedia).
       
Cara memohon perkhidmatan SPP
  1. Permohonan hendaklah dibuat melalui perpustakaan/organisasi.
  2. Permohonan boleh dibuat melalui portal KIK, e-mel, borang, surat, telefon atau faks.
  3. Permohonan bahan-bahan yang tidak terdapat dalam negara boleh dikemukakan kepada Pusat Penyelaras yang bertanggungjawab menghantar permohonan tersebut ke luar negara.
  4. Semasa membuat permohonan SPP, butir-butir lengkap bibliografi hendaklah diisi seperti berikut:
  • Buku/Bab – nama pengarang, judul dan nombor panggilan
  • Artikel/Rencana – Judul lengkap majalah/surat khabar/persidangan, pengarang, judul, tarikh penerbitan, volum, nombor keluaran dan nombor panggilan.

Hantarkan permohonan ke :

Perpustakaan Islam JAKIM,
Aras 3, Blok B, Kompleks Islam Putrajaya,
No. 23, Jalan Tun ku Abdul Rahman, Presint 3,
62100 Putrajaya.
E-mel : perpustakaanjakim@gmail.com
Telefon : 03-8870 7441
Faks : 03-8870 7666




No comments:

Post a Comment

div#ContactForm1 { display: none !important; }