Kata Pujangga

"Sebaik-baik Teman duduk pada setiap waktu adalah BUKU"

Search This Blog

KEMUDAHAN

Ruang Bacaan Majalah
Perpustakaan menyediakan sofa untuk warga JAKIM bersantai membaca majalah terkini yang dilanggan.

Ruang Bacaan Suratkhabar

Perpustakaan menyediakan sofa untuk warga JAKIM bersantai membaca empat (4) akhbar utama iaitu:

  • Berita Harian
  • New Straits Times
  • Harian Metro dan 
  • Utusan Malaysia

Ruang Wacana Ilmu

Perpustakaan menyediakan satu sudut khas untuk sesi wacana ilmu dan diskusi buku bersama penceramah jemputan. 



















Ruang Karel Pembaca 
Ruangan karel pembaca adalah khusus untuk pengguna yang mahu membuat rujukan dan membaca tanpa gangguan. 

Sudut IT dan Multimedia

Sudut ini disediakan dengan kelengkapan set komputer untuk pengguna menggunakan komputer dan internet. Perpustakaan juga dilengkapi dengan kemudahan WIFI. Pengguna dikehendaki mengisi borang Penggunaan Komputer/ Internet sebelum menggunakan kemudahan ini.

Ruang Bacaan Umum
Kerusi dan meja yang disediakan di ruang bacaan umum yang luas dan selesa ini dapat memuatkan sehingga maksimum 124 orang pengguna perpustakaan. 
Ruang Rak Pameran Buku Terkini
Buku-buku baru akan dipamerkan di ruang rak pameran buku terkini mengikut kategori dan kesesuaian semasa.
Sudut & Koleksi Majalah

Perpustakaan ini juga menyediakan sudut dan koleksi majalah untuk  pengguna. Majalah ini boleh dipinjam oleh pengguna. Sebanyak 10 majalah yang dilanggan seperti:

  • Majalah Al-Islam
  • Asuh
  • Dakwah
  • Solusi
  • Dewan Bahasa
  • Dewan Sastera
  • Readers Digest
  • Keluarga
  • Pa & Ma
Kaunter Sirkulasi/ Pinjaman
Proses pinjaman dan pemulangan bahan perpustakaan dikendalikan oleh petugas perpustakaan di kaunter pinjaman yang disediakan.


Ruang Koleksi Keratan Akhbar
Koleksi keratan akhbar ini merupakan koleksi khas Perpustakaan Islam JAKIM. Ia mengandungi indeks dan keratan akhbar berkaitan isu semasa hal ehwal jabatan merangkumi keratan akhbar daripada empat (4) akhbar yang dilanggan oleh perpustakaan. Keratan Akhbar ini bermula dari keratan akhbar Disember 2005 hingga Ogos 2019.

Ruang Galeri Pameran
Ruang ini meruupakan ruang pameran rak berkaca yang mengandungi album bergambar bahan-bahan artifak yang berunsur Islam yang kini dipamerkan di Balai Seni Islam Negara, Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment

div#ContactForm1 { display: none !important; }